Wednesday, February 8, 2012

Pernah Tak Korang Rasa Serba Salah Yang Ekstreemmm!!!

Kejadian ni dah lama berlaku.  Mungkin dalam satu tahun yang lepas.  Masa tu aku pegi hantar kakak dan ank2 buah aku ke stesen komuter Batang Benar coz dorang nak balik ke rumah dorang di Rawang.  Biasanya aku akan tunggu sampai dorg berjaya masuk dlm komuter tu.  Tapi hari tu aku nak cepat so tak sempat nak tunggu komuter sampai.  Aku pun terus tekan minyak, tengok kiri kanan dan lintas jalan untuk balik ke rumah..Dan2 aku pusing tu komuter pon sampai..eh berapa banyak sampai daa.. Aku stop tepi jalan..bajet nak tengok kakak aku dan anak2nya masuk walau tak nampak pon sebenarnya.  


Tengah syok2 tengok, mata aku terpandang cermin sisi.  Daripada jauh aku nampak sepasang suami isteri (agaknya) yang agak berumur tengah berjalan cepat2 ke arah aku. Mungkin dorang baru turun daripada komuter yang baru sampai tu.  Apakehal?? Memandangkan hanya aku sorang je yang park kat tepi jalan tu so aku beranggapan mungkin pakcik dan makcik nie tengah kejar aku.. Viva aku nie ada nampak macam teksi ker..? Ke anak dia pon sama pakai Viva macam aku..?


Ntahlah.. Dan otak lembap aku buat sekelian kalinya gagal berkoordinat dengan hati dan perasaan yang rasa kesian sangat dengan sang suami makcik yang nampaknya beria-ia jalan dengan laju kejar aku..Dengan beg besar dia lagi.. Ish..Mungkin masa tu otak aku gagal berfungsi dengan baik dan seterusnya terserlah dengan perbuatan aku.  


Tanpa pikir panjang otak terus arahkan kaki untuk tekan clutch dan tangan terus tolak gear tanpa pedulikan hati aku yang dah tak tentu arah.  Aku serba salah.. Kereta aku tersengguk-sengguk antara mahu berhenti atau teruskan perjalanan.  At last, aku tekan minyak dan pergi.  Dari cermin sisi, aku nampak pakcik dan makcik tu berhenti mengejar dengan wajah kecewa..*camna ko boleh nmpak wajah kecewa dorang*


Arrgghhh..aku tau lah!! Siapa tak kecewa? Aku lagi kecewa..Kecewa dan sedih dengan diri sendiri..Tak tahu kenapa aku sampai hati buat macam tu.. Rasa nak patah balik pun ada, nak mintak maaf.  Sepanjang perjalanan balik, aku terus dirundung (pergh ayat dirundung) perasaan serba salah yang sangat teruk..hati aku tak tenteram.  Mulut terus-terusan menyumpah diri sendiri dengan harapan rasa serba salah akan terubat.  


Kenapa aku tak tunggu?? Kenapa aku terus jalan? Kenapa aku tak tanya dorang dulu? Kenapa dengan otak aku??? Aaarrgghhhh...Tension! Aku serius.. Seminggu hati aku tak tenteram fikirkan hal tu..Ye seminggu! 
Walau siapa pun kamu, maafkan aku Pakcik..Makcik..-_-


2 comments:

  1. sampai atie ko kan mah..entah2 sdara mara ko ke....hish apa punya kwn la...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. huhu..bukan sedara aku laa..tapi tulah..menyesal smpai skrang..huhu

    ReplyDelete