Masa kecik-kecik dulu of course kita semua ada memori kanak-kanak kita yang tersendiri. Sama lar dengan aku. Banyak sangat sampai tak tau mana nak mula. Dulu masa aku kecik-kecik aku ada sorang saudara merangkap bestfren merangkap boypren zaman kecik-kecik la.
Banyak pulak kecik-kecik kau nih. Nama dia Ayie. Actually dia nie anak sepupu aku. Kira dia kena panggil aku makcik lah. Tapi memandangkan kami hampir sebaya so kami decide untuk panggil "sayang baby". Hehe aku tipu.. Panggil "aku kau" je kan lebih santai? Lagipun apa jadah kecik-kecik lagi dah kenal sayang baby.. Aku kanak-kanak zaman 80-an masih belum kenal apa itu sayang baby.. Malah babi pun aku tak tau ok. Betapa naif nya aku bila mak aku cakap babi tu tak boleh sebut nanti kalau sebut dia marah dan datang tangkap bawak masuk dalam hutan. Dan aku percaya 100% tanpa was-was. See?? Pffttt...
Kami dulu boleh dikategorikan sebagai kanak2 nakal tapi zaman dulu laa.. Jangan sesekali compare dengan kanak2 zaman sekarang ok..hehe.. Biasanya kami akan menyetan berdua. Tanpa kau kesetanan tidak akan sama sekali terserlah dan begitulah sebaliknya. Setan kami tak lah sampai ada sesiapa yang terbunuh. Cuma untuk rekod setakat ini hanya beberapa ekor cacing gila dan ayam jiran yang menjadi mangsa. Normal la tu, dah nama pun duduk kampung. Antara memori-memori indah yang masih di ingatan adalah seperti berikut:- (kau bajet kau tengah buat karangan percubaan UPSR 350 patah perkataan ke ni?)
1) Mandi 'bandar'
Bukan kami mandi di bandar KL dan sebagainya ye. Kat kampung aku bandar ni lebih kurang macam parit laa..Bandar ni dulu-dulu memang sentiasa ada air dan yang pasti air tu bersih. So, aku n ayie biasa akan mandi kat situ. Bandar tu sebelah rumah aku je, so takde apa yang perlu dirisaukan. Airnya pun tak dalam. Agak-agak kalau kucing kau jatuh dalam tu pun dia malu nak mengaku lemas. Disebabkan airnya terlalu 'dengket' atau tak dalam, biasanya Ayie akan kutip batu-bata kat tepi-tepi 'bandar' untuk dijadikan empangan. Dan aku yang naif ini buat sekelian kalinya hanya mandi tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ada aku kesah?? Asalkan bila aku kencing, air kuningku itu hanyut dibawa air ke hulu 'bandar' dan suku daripada peha aku tenggelam dalam air. Ada satu hari tu abang ipar aku siap buat rakit untuk kami main. Gigih dia tebang batang pisang, ikat pakai tali rapia dan humban kat dalam 'bandar'. Weee seronok hokay!
|
Macam nie lah lebih kurang 'bandar' a.k.a parit kat sebelah rumah aku tu. Sonok kan?? Sonok kan?? |
2) Curi getah sekerap
Hahaha kecik-kecik lagi dah bijaksana excellent curi getah orang kan. Masa nie kalau tak silap kitorang sekolah rendah. Mungkin masih darjah 1,2 atau 3 aku pn tak ingat. Nasib baik mencuri bukan lah profession yang aku pilih sekarang. Heheh..Bukan getah pemadam atau gula-gula getah yang aku maksudkan di sini okeh. Maksud aku getah daripada pokok getah. Biasanya kalau kau tengok, lepas penoreh tu toreh pokok getah dia akan biar getah tu meleleh masuk dalam mangkuk dan biar getah terkumpul sebelum dorang datang balik untuk kutip hasilnya. Biasanya, tak lama lepas tu bekas torehan tadi akan kering. Kami pun mula menyetan dengan tarik getah yang dah kering dekat bekas torehan tadi tu..Korang paham tak? Arrghhh susah la nak explain. Aku tunjuk gambar bagi memudahkan pemahaman korang.
|
Nampak line putih bekas torehan tu?? Itu lah yang kami suka main. Yang dalam mangkuk tu tak berani usik. Nak buat apa weii?? Tu bukan susu Marigold Fresh Full Cream!
|
|
Kalau dah kumpul-kumpul dapatla sekerap besar ni. |
Tapi kami buat kerja ni tak lama. Takut kena marah dengan tuan punya pokok getah. Dulu pernah sekali, dah kutip2 dapat la sebesar gambar kat atas tu. Badan masing-masing dah bau getah. Masa tu jugak kitorang dapat tau yang tak boleh sebenarnya tarik getah-getah tu. Sebab bila getah tu dah kering fungsinya ialah untuk tahan daripada getah terus meleleh keluar. Dah kalau kau sibuk main tarik-tarik benda tu, sampai besok lah getah tak kan kering. Padahal esoknya si penoreh nak toreh getah lagi. Kitorang pon apa lagi baru tersedar dah buat kesalahan besar (yela tu rezeki orang kot) terus menggelabah cari tempat nak sorok getah sekerap yang dah kitorang kutip tadi. Selepas tolak menolak, muncung memuncung, selepas dialog "Kau lah simpan", "Apa aku plak? Kaulah" keluar, kami sepakat untuk sorok kat rumah nenek sorang lagi kawan aku dan rahsia itu selamat hinggalah ia terbocor.....
......hari ni sebab aku dah bagitau korang~:D (comel tak aku senyum??)
3) Rokok kertas
Kalau time raya korang mesti main bunga api kan? Ingat lagi tak bunga api kertas yang warna merah tu. Kertas bawah dia warna merah belang-belang putih n bahagian atas warna merah berisi belerang. Masa aku kecik-kecik dulu bunga api tu lah paling femes sebab kurang bahaya daripada yang lain. Dulu aku tak ingat satu bundle tu berapa ringgit tapi sekarang satu bundle ada dalam 25 batang n harga dia RM2.50-RM3. Lepas main malam tu batang nya akan dicampak dan berterabur tak tentu hala kat laman rumah. Siangnya keje aku dengan Ayie pulak, pegi kutip bekas bunga api tu bawak pegi belakang rumah. Seludup-seludup celah dapur tibai mancis 20 sen mak aku. Lepas tu duduk bawah pokok manggis, bakar muncung bekas bunga api n hisap! Yes hisap macam hisap rokok. Setan kan pangai! Haish..Masa tu tak tau lagi apa sebenarnya yang kitorang duk buat sebab just sibuk nak tiru orang besar yang macam best je hisap kertas n keluar asap kepul2.
|
Bunga api yang dimaksudkan=) |
Tapi tak berani buat selalu kot sebab takut kena marah. Lepas tu tak buat dah. Aku just suruh abang aku hembuskan asap bulat-bulat sebab aku akan main konon-konon masukkan jari dalam asap tu buat cincin..hahahaa apakebodoh??
4) Merajuk
Masa kecik-kecik dulu aku suka merajuk. Lagi-lagi kalau aku kena marah dengan mak. Pernah sekali aku ingat lagi, merajuk dengan mak kot kalau tak salah sampai aku nak lari daripada rumah. Masa tu aku tadika rasanya. Dahla masa tu pakai selua kecik je. Aku terus keluar rumah kutip daun-daun puding kering (masa tu keliling rumah banyak tanam bunga puding) bawak masuk dalam rumah susun tepi pintu bilik mak. Capai beg (beg mak pulak tu) masukkan seluar kecik, baju sikit, tapi yang pasti seluar kecik yang banyak. Mungkin masa kecik-kecik aku obses dengan seluar kecik kot. hahahha ok xde kena mengena. Lepas isi baju aku terus nangis sambil duduk atas daun puding kering yang aku susun tadi. Ntah apa jadah letak daun kering pun aku tak tau. Mungkin untuk tambah effect sedih barangkali. Tapi tak kena pujuk pun. Weekk loser! Padan muka kau mengada-ngada merajuk nak lari rumah bagai. Pijak baru tau!
5) Lawan spider
Game ni rasanya baby 80's semua main kot. Game ni ayie yang ajar aku. Pergi belakang rumah untuk cari spider. Banyak spider yang kitorang jumpa port nya adalah di celah-celah daun pandan. Memang syok. Dapat sekor lepas tu letak dalam kotak mancis kosong. Konon-konon rumah baru untuk spider. Siap bawak pegi sekolah kadang-kadang simpan bawah meja. Lepas tu lawan dengan spider kengkawan, spider sape menang dia best!
6) Tangkap Pepatung
Tau apa tu pepatung? Pepatung ni sejenis haiwan comel yang berwarna cantik dan terbang macam burung. Dulu masa kecik-kecik aku suka sangat tangkap pepatung ni. Bila petang jalan-jalan depan rumah nampak pepatung hinggap kat bunga terus pegang dua-dua kepak dia n letak dalam botol bertutup. Konon-konon nak bela jadikan pet. Pastu satu hari pakcik aku marah. Dia cakap tak boleh kurung pepatung ni kat dalam botol. Dia haiwan yang terbang bebas, terseksa la dia kau simpan dalam tu. "Kau kurung dia dalam botol tu sekarang nanti kat akhirat dia kurung kau pulak dalam botol!" Errkk..terus aku lepaskan pepatung tu n tak berani lagi simpan diorang. Sebab takut nanti kena kurung dengan pepatung pulak kat akhirat..hikhik
|
Maafkan aku pepatung..aku masih anak kecil ketika kejadian.:)
|
Banyak lagi kenangan yang tersimpan rapi dalam memori ingatan. Lain kali pulak lah cerita lagi.
*Panjang pulak cerita aku kali ni.
~Selamat membesar semua=)~ Assalamualaikum...